resepi mama
Resepi bukan hanya dalam masakan tetapi dalam semua aspek kehidupan.Resepi kehidupan bertambah seiring dengan pengalaman-pengalaman yang dilalui.
Tuesday, June 9, 2009
cuti sekolah datang lagi!
Cutu sekolah dua minggu..tapi bagi kebanyakan warga pendidik cuti ini adalah masa untuk menanda kertas exam.bukak sekolah sure sibuk wat report card plak. So janganlah dijelouskan cuti kami ini..kerana cuti kami tetap dipenuhi dengan kerja..
Friday, May 15, 2009
Selsema Babi (H1N1)
Sejak awal bulan ini dunia dikejutkan dengan wabak selsema babi yang telah menular ke tahap keempat di mana jangkitan dari manusia ke manusia. Sebenarnya ada dikalangan saintis telah menjangkakan perkara ini kerana saya pernah terbaca artikel di dalam akhbar berbahasa melayu ketika selsema burung hebat diperkatakan. Antara lain artikel itu menyebut tentang dunia dijangka akan dilanda wabak yang lebih hebat dari selsema burung di mana manusia boleh menjangkiti manusia.Saya percaya kebanyakan orang mengambil berat akan hal ini tentu gusar dengan an perkembangan terbaru di mana wabak ini telah dikesan ada di Malaysia.Bagaimana boleh pesakit itu terlepas saringan yang dikatakan ketat dijalankan dipintu masuk lapangan terbang. Saya juga amat percaya yang mama-mama sekalian tentu lebih risaukan anak-anak dan keluarga dari diri sendiri. Terutamanya anak-anak kecil yang antibodinya masih lemah. Anak-anak kecil pula begitu terdedah dengan persekitaran. Mama-mama yang bekerja ada yang tidak lepas dari menghantar ke pusat jagaan di mana mereka bercampur dengan kanak-kanak lain. Begitu juga di sekolah atau bila mereka pergi bermain atau atau apa sahaja. Wabak ini amat mudah menjangkiti orang lain dengan melalui sentuhan atau udara apabila pesakit bersin. Tentu banyak persoalan timbul tentang apa sebenarnya wabak ini atau lebih penting lagi bagaimana ia berjangkit dan pencegahannya. Sebagai umat Islam, selain dari usaha luaran kita amat disarankan untuk berdoa dan memohon kepada Allah S.W.T agar dijauhkan dari penyakit ini. Hanya Allah Yang Maha Berkuasa. Lihatlah bagaimana dikatakan telah dibuat kawalan yang ketat dengan membuat saringan di lapangan terbang tetapi masih ada pesakit yang terlepas dari saringan dan telah disahkan di dalam akhbar 15 May 2009 bahawa telah dikesan kes H1N1 yang pertama di Malaysia.Pesakit adalah seorang pelajar yang menaiki pesawat penerbangan MAS yang baru pulang dari Amarika. Resepinya usaha,doa dan tawakal.Semoga sejahtera semuanyaPertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) pada 24 April 2009 telah mengisytiharkan krisis kecemasan kesihatan antarabangsa ekoran wabak Virus Influenza A (H1N1) (Selesema Babi atau Swine Flu) bagi memberi amaran wabak yang dianggap makin mencemaskan dan berpotensi untuk menjadi pusat ‘pandemik’ atau wabak yang akan merebak. Selesema babi yang disebarkan oleh manusia ini telah mencetuskan keadaan panik di seluruh dunia terutamanya di Mexico dan Amerika Syarikat (AS). Sehingga 6 Mei 2009, wabak ini telah mengorbankan 29 orang di Mexico, 2 orang di United State (US), 1786 orang telah disahkan dijangkiti dan lebih 4169 orang disyaki dijangkiti di seluruh dunia. Jumlah kematian dan mereka yang dijangkiti meningkat dari semasa ke semasa dan amat dikhuatiri merebak ke Negara ini.
Demam Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit sistem pernafasan (respiratory) yang biasanya ditemui dalam kawanan babi. Virus Influenza A (H1N1) atau demam babi ini biasanya berlegar dalam spesies babi sahaja dan tidak menjangkiti manusia. Namun jangkitan terhadap manusia telah berlaku dan penyebaran virus ini dalam kalangan manusia telah mula dikesan sejak tahun 1988.
Apakah Virus Influenza A (H1N1)?
Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.
Adakah Terdapat Jangkitan Demam Virus Influenza A
Pada akhir Mac dan awal April 2009, beberapa kes jangkitan virus ini (H1N1) terhadap manusia telah dilaporkan di Southern California berdekatan San Antonio, Texas. Beberapa negeri lain di US juga telah melaporkan jangkitan yang sama pada manusia dan juga telah dilaporkan di peringkat antarabangsa. (Perkembangan terkini mengesahkan bilangan jangkitan virus di Amerika Syarikat boleh di dapati di http://www.cdc.gov/swineflu/investigation.htm. Pusat pencegahan dan kawalan penyakit (CDC - Centers for diseases control and prevention dan Jabatan serta agensi kesihatan sedang bekerjasama dalam menyiasat situasi ini).
Adakah Virus Ini Berjangkit?
CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.
Apakah Tanda-tanda dan Simptom Virus Influenza A (H1N1) Terhadap Manusia?
Simptom Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti:
Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.
Bagaimanakah Selesema Burung Merebak?
Virus jenis A (H1N1) selesema burung ini dijangka akan merebak seperti mana virus selesema bermusim lain. Virus selesema ini biasanya disebarkan dari seorang ke seorang yang lain melalui batuk dan bersin mereka yang terkena jangkitan. Kadang-kadang seseorang itu boleh dijangkiti melalui barang yang disentuh dengan tangan dan kemudiannya menyentuh mulut dan hidung mereka.
Bagaimanakah Seseorang Yang Dijangkiti Selesema Menjangkiti Seorang Lain?
Seseorang yang dijangkiti mungkin boleh menjangkiti seorang lain bermula sehari sebelum simptom itu merebak hingga ke hari ke-7 selepas dijangkiti (sakit). Ini bermakna kita mungkin boleh menyebarkan virus ini sebelum mengetahui yang kita telah dijangkiti.
Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?
Perkara yang terpenting sekali adalah ;
Adakah Terdapat Ubat Untuk Virus Influenza A (H1N1) Ini?
CDC menyarankan pengambilan ubat seperti oseltamivir atau zanamivir untuk merawat dan/atau mencegah jangkitan virus selesema babi ini. Ubat antiviral adalah ubat-ubatan berpreskripsi (pil, cecair ataupun ubat sedut) yang melawan virus dari terus membiak di dalam badan anda.
Jika anda jatuh sakit, ubat antiviral akan dapat melegakan dan membuat anda sihat dengan lebih cepat. Ia juga dapat mencegah dari komplikasi selesema yang lebih serius. . Untuk tujuan rawatan, ubat antiviral adalah lebih berkesan untuk diambil sebaik sahaja jatuh sakit (dalam dua hari selepas simptom).
Berapa Lama yang Diambil oleh Seseorang yang Dijangkiti dengan Selesema Burung Untuk Menyebarkan Kepada Orang Lain?
Mereka yang dijangkiti dengan virus ini boleh dikira sebagai pembawa virus selagi mereka di dalam simptom sehingga tujuh hari dari bermula sakit. Kanak-kanak, terutama anak-anak kecil berpotensi untuk dijangkiti untuk jangka masa yang lebih lama.
Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?
Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.
Berapa Lama Virus Tersebut Boleh Hidup Di Luar Badan?
Seperti yang diketahui sesetengah virus dan dapat hidup sehingga lebih dua jam di permukaan seperti meja kafeteria, tombol pintu dan meja. Membasuh tangan dengan kerap akan mengurangkan kesan pencemaran yang didapati dari permukaan-permukaan ini.
Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?
Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:
• Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.
• Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.
• Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.
• Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.
Apakah Cara Terbaik Untuk Mengelak Dari Menyebarkan Virus Melalui Batuk Dan Bersin?
• Jika anda sakit, hadkan pergaulan anda sebaik yang mungkin.
• Jangan pergi ke sekolah;
• Tutup mulut anda dengan tisu semasa batuk dan bersin. Ia boleh membantu mengelak orang-orang di sekeliling kamu dari jatuh sakit;
• Buangkan tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah;
• Tutup mulut anda semasa bersin dan batuk jika tiada tisu;
• Basuhlah tangan kamu setiap kali batuk dan bersin.
Apakah Teknik Terbaik Untuk Mencuci Tangan Dan Mengelak Dari Jangkitan Selesema?
Membasuh tangan dengan kerap akan membantu melindungi anda daripada kuman. Basuhlah dengan sabun dan air ataupun pembersih tangan berasaskan alcohol. Basuhlah tangan antara 15 ke 20 saat dengan air suam dan sabun. Jika tiada air dan sabun, tisu pakai buang berasaskan alcohol atau pembersih gel boleh digunakan. Ianya boleh didapati di kedai-kedai ubat dan pasar raya. Jika menggunakan gel, sapulah tangan anda sehingga gel itu kering. Alkohol di dalam gel tadi akan membunuh kuman dan ianya tidak memerlukan air untuk berkesan.
Apa Yang Perlu Saya Lakukan Jika Jatuh Sakit?
Jika anda tinggal di kawasan yang dikenal pasti wabak Virus Influenza A (H1N1) itu merebak dan mempunyai simptom-simptom demam selesema termasuk demam panas, sakit badan, selesema, sakit tekak, muntah mual dan cirit-birit, anda perlu berjumpa dengan doktor, terutamanya jika anda risau tentang simptom-simptom tadi. Doktor akan mengesahkan sama ada sebarang ujian atau rawatan adalah perlu.
Jika anda sakit anda perlu:-
• Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;
• Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit;
Untuk kanak-kanak tanda-tanda dan perlu dibawa untuk dirawat adalah seperti berikut:-
• Kesukaran bernafas dan pernafasan yang terlalu cepat;
• Warna kulit bertukar kebiru-biruan;• Tidak minum air yang secukupnya;
• Tidak bangun dan berinteraksi;
• Tidak suka dipegang dan asyik merengek;
• Simptom seperti selesema dan pulih tetapi kemudiannya berulang bersama demam dan batuk yang lebih teruk;
• Demam dan beruam.
Bagaimana Seriusnya Jangkitan Virus Influenza A (H1N1) ini?
Seperti demam selesema yang lain, kesan selesema babi (Virus Influenza A) (H1N1) pada manusia adalah berbeza dari tahap sederhana ke tahap serius. Antara 2005 hingga Januari 2009, 12 kes jangkitan pada manusia tanpa kematian dikenal pasti di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun kesan dari selesema babi ini boleh menjadi serius. Pada September 1988, seorang wanita mengandung berumur 32 tahun dari Wisconsin dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru akibat selesema babi dan meninggal dunia 8 hari kemudian. Pada tahun 1976, wabak selesema babi dikesan di Fort Dix, New Jersey mengakibatkan lebih 200 kes serius dan satu kematian.
Bolehkah Saya Dijangkiti Melalui Memakan Dan Menyediakan Masakan Berasaskan Babi?
• Tidak.
Selesema babi tidak boleh merebak melalui makanan. Ianya tidak boleh dijangkiti melalui makanan dan produk berasaskan babi. Memakan produk berasaskan babi yang dimasak dan disediakan dengan sempurna.
TINDAKAN SERTA-MERTA KEMENTERIAN KESIHATAN
• Kementerian Kesihatan menguat kuasa serta-merta empat langkah pencegahan:-
i. Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia mengaktifkan Bilik Gerakan untuk membuat pemantauan situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) dengan pihak WHO bagi memastikan tindakan-tindakan proaktif diambil untuk melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia.
ii. Semua Pengamal Perubatan termasuk di sektor swasta yang merawat kes-kes yang mempunyai tanda-tanda atau gejala ‘influenza-like illness’ atau ‘severe pneumonia’ dan mempunyai sejarah melawat Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009 diminta untuk memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat dengan serta merta melalui telefon untuk tindakan pencegahan dan kawalan.
iii. Saringan tanda-tanda jangkitan Virus Influenza A (H1N1) di semua pintu masuk negara untuk pelawat atau warga Malaysia yang ada melawat ke negara Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009.
iv. Membuat kenyataan akhbar dari masa ke semasa situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) untuk maklumat orang awam di Malaysia dan langkah kawalan dan pencegahan yang diambil oleh Kerajaan.
• Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan pada Sidang Media pada 26 April 2009 mengenai wabak berkenaan amat berbahaya kerana ia tersebar melalui manusia bukannya haiwan seperti selesema burung atau ‘avian flu’ yang pernah melanda negara ini.
• Beliau bagaimanapun meminta rakyat negara ini supaya tidak panik kerana Kerajaan sentiasa berwaspada terhadap apa jua wabak yang boleh menyebabkan kematian.
• Pengawasan itu membabitkan pemeriksaan kesihatan terhadap orang ramai antaranya mereka yang menunjukkan tanda-tanda demam panas.
• Pengawasan di semua pintu masuk negara diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan wabak selesema babi dari merebak ke dalam negara terutama penumpang penerbangan dari luar negara termasuk AS.
• Orang awam yang ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan dengan wabak Virus Influenza A (H1N1) ini boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui talian 03-88810200 atau 03-88810300 pada waktu pejabat atau di laman web Kementerian http://www.moh.gov.my
Sumber :
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=3392&Itemid=

- demam
- batuk,
- sakit tekak
- sakit badan
- pening kepala
- sejuk dan kelesuan;
- Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.
Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.
Bagaimanakah Selesema Burung Merebak?
Virus jenis A (H1N1) selesema burung ini dijangka akan merebak seperti mana virus selesema bermusim lain. Virus selesema ini biasanya disebarkan dari seorang ke seorang yang lain melalui batuk dan bersin mereka yang terkena jangkitan. Kadang-kadang seseorang itu boleh dijangkiti melalui barang yang disentuh dengan tangan dan kemudiannya menyentuh mulut dan hidung mereka.
Bagaimanakah Seseorang Yang Dijangkiti Selesema Menjangkiti Seorang Lain?
Seseorang yang dijangkiti mungkin boleh menjangkiti seorang lain bermula sehari sebelum simptom itu merebak hingga ke hari ke-7 selepas dijangkiti (sakit). Ini bermakna kita mungkin boleh menyebarkan virus ini sebelum mengetahui yang kita telah dijangkiti.
Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?
Perkara yang terpenting sekali adalah ;
- membasuh tangan.
- Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat.
- Dapatkan tidur yang cukup.
- Sentiasa aktif.
- Menangani tekanan.
- Minum banyak air dan makan makanan berkhasiat.
- Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus.
- Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.
Adakah Terdapat Ubat Untuk Virus Influenza A (H1N1) Ini?
CDC menyarankan pengambilan ubat seperti oseltamivir atau zanamivir untuk merawat dan/atau mencegah jangkitan virus selesema babi ini. Ubat antiviral adalah ubat-ubatan berpreskripsi (pil, cecair ataupun ubat sedut) yang melawan virus dari terus membiak di dalam badan anda.
Jika anda jatuh sakit, ubat antiviral akan dapat melegakan dan membuat anda sihat dengan lebih cepat. Ia juga dapat mencegah dari komplikasi selesema yang lebih serius. . Untuk tujuan rawatan, ubat antiviral adalah lebih berkesan untuk diambil sebaik sahaja jatuh sakit (dalam dua hari selepas simptom).
Berapa Lama yang Diambil oleh Seseorang yang Dijangkiti dengan Selesema Burung Untuk Menyebarkan Kepada Orang Lain?
Mereka yang dijangkiti dengan virus ini boleh dikira sebagai pembawa virus selagi mereka di dalam simptom sehingga tujuh hari dari bermula sakit. Kanak-kanak, terutama anak-anak kecil berpotensi untuk dijangkiti untuk jangka masa yang lebih lama.
Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?
Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.
Berapa Lama Virus Tersebut Boleh Hidup Di Luar Badan?
Seperti yang diketahui sesetengah virus dan dapat hidup sehingga lebih dua jam di permukaan seperti meja kafeteria, tombol pintu dan meja. Membasuh tangan dengan kerap akan mengurangkan kesan pencemaran yang didapati dari permukaan-permukaan ini.
Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?
Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:
• Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.
• Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.
• Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.
• Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.
Apakah Cara Terbaik Untuk Mengelak Dari Menyebarkan Virus Melalui Batuk Dan Bersin?
• Jika anda sakit, hadkan pergaulan anda sebaik yang mungkin.
• Jangan pergi ke sekolah;
• Tutup mulut anda dengan tisu semasa batuk dan bersin. Ia boleh membantu mengelak orang-orang di sekeliling kamu dari jatuh sakit;
• Buangkan tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah;
• Tutup mulut anda semasa bersin dan batuk jika tiada tisu;
• Basuhlah tangan kamu setiap kali batuk dan bersin.
Apakah Teknik Terbaik Untuk Mencuci Tangan Dan Mengelak Dari Jangkitan Selesema?
Membasuh tangan dengan kerap akan membantu melindungi anda daripada kuman. Basuhlah dengan sabun dan air ataupun pembersih tangan berasaskan alcohol. Basuhlah tangan antara 15 ke 20 saat dengan air suam dan sabun. Jika tiada air dan sabun, tisu pakai buang berasaskan alcohol atau pembersih gel boleh digunakan. Ianya boleh didapati di kedai-kedai ubat dan pasar raya. Jika menggunakan gel, sapulah tangan anda sehingga gel itu kering. Alkohol di dalam gel tadi akan membunuh kuman dan ianya tidak memerlukan air untuk berkesan.
Apa Yang Perlu Saya Lakukan Jika Jatuh Sakit?
Jika anda tinggal di kawasan yang dikenal pasti wabak Virus Influenza A (H1N1) itu merebak dan mempunyai simptom-simptom demam selesema termasuk demam panas, sakit badan, selesema, sakit tekak, muntah mual dan cirit-birit, anda perlu berjumpa dengan doktor, terutamanya jika anda risau tentang simptom-simptom tadi. Doktor akan mengesahkan sama ada sebarang ujian atau rawatan adalah perlu.
Jika anda sakit anda perlu:-
• Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;
• Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit;
Untuk kanak-kanak tanda-tanda dan perlu dibawa untuk dirawat adalah seperti berikut:-
• Kesukaran bernafas dan pernafasan yang terlalu cepat;
• Warna kulit bertukar kebiru-biruan;• Tidak minum air yang secukupnya;
• Tidak bangun dan berinteraksi;
• Tidak suka dipegang dan asyik merengek;
• Simptom seperti selesema dan pulih tetapi kemudiannya berulang bersama demam dan batuk yang lebih teruk;
• Demam dan beruam.
Bagaimana Seriusnya Jangkitan Virus Influenza A (H1N1) ini?
Seperti demam selesema yang lain, kesan selesema babi (Virus Influenza A) (H1N1) pada manusia adalah berbeza dari tahap sederhana ke tahap serius. Antara 2005 hingga Januari 2009, 12 kes jangkitan pada manusia tanpa kematian dikenal pasti di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun kesan dari selesema babi ini boleh menjadi serius. Pada September 1988, seorang wanita mengandung berumur 32 tahun dari Wisconsin dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru akibat selesema babi dan meninggal dunia 8 hari kemudian. Pada tahun 1976, wabak selesema babi dikesan di Fort Dix, New Jersey mengakibatkan lebih 200 kes serius dan satu kematian.
Bolehkah Saya Dijangkiti Melalui Memakan Dan Menyediakan Masakan Berasaskan Babi?
• Tidak.
Selesema babi tidak boleh merebak melalui makanan. Ianya tidak boleh dijangkiti melalui makanan dan produk berasaskan babi. Memakan produk berasaskan babi yang dimasak dan disediakan dengan sempurna.
TINDAKAN SERTA-MERTA KEMENTERIAN KESIHATAN
• Kementerian Kesihatan menguat kuasa serta-merta empat langkah pencegahan:-
i. Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia mengaktifkan Bilik Gerakan untuk membuat pemantauan situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) dengan pihak WHO bagi memastikan tindakan-tindakan proaktif diambil untuk melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia.
ii. Semua Pengamal Perubatan termasuk di sektor swasta yang merawat kes-kes yang mempunyai tanda-tanda atau gejala ‘influenza-like illness’ atau ‘severe pneumonia’ dan mempunyai sejarah melawat Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009 diminta untuk memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat dengan serta merta melalui telefon untuk tindakan pencegahan dan kawalan.
iii. Saringan tanda-tanda jangkitan Virus Influenza A (H1N1) di semua pintu masuk negara untuk pelawat atau warga Malaysia yang ada melawat ke negara Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009.
iv. Membuat kenyataan akhbar dari masa ke semasa situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) untuk maklumat orang awam di Malaysia dan langkah kawalan dan pencegahan yang diambil oleh Kerajaan.
• Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan pada Sidang Media pada 26 April 2009 mengenai wabak berkenaan amat berbahaya kerana ia tersebar melalui manusia bukannya haiwan seperti selesema burung atau ‘avian flu’ yang pernah melanda negara ini.
• Beliau bagaimanapun meminta rakyat negara ini supaya tidak panik kerana Kerajaan sentiasa berwaspada terhadap apa jua wabak yang boleh menyebabkan kematian.
• Pengawasan itu membabitkan pemeriksaan kesihatan terhadap orang ramai antaranya mereka yang menunjukkan tanda-tanda demam panas.
• Pengawasan di semua pintu masuk negara diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan wabak selesema babi dari merebak ke dalam negara terutama penumpang penerbangan dari luar negara termasuk AS.
• Orang awam yang ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan dengan wabak Virus Influenza A (H1N1) ini boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui talian 03-88810200 atau 03-88810300 pada waktu pejabat atau di laman web Kementerian http://www.moh.gov.my
Sumber :
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=3392&Itemid=
Monday, November 24, 2008
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
Kursus Perguruan Lepasan Ijazah diwujudkan bagi mengisi dengan segera kekosongan jawatan guru berijazah di sekolah-sekolah. Menariknya peluang ini terbuka untuk semua pemegang ijazah dari pelbagai bidang dan tidak terhad kepada mereka yang mempunyai ilmu dalam bidang pendidikan sahaja.
Pelbagai isu timbul seperti bila mana ramai mereka yang memiliki ijazah dalam bidang pendidikan di universiti tempatan merasa terkilan kerana peluang untuk mereka memperolehi tempat di sekolah-sekolah jauh lebih rendah berbanding dengan lepasan KPLI. Ini amat mengecewakan bagi mereka kerana setelah bersusah payah menimba ilmu di dalam bidang pendidikan mereka tidak mendapat peluang sebaik lepasan KPLI yang pada asalnya tidak berkaitan langsung dengan bidang pendidikan.
Ramai juga yang mempersoalkan kredibiliti lepasan KPLI yang hanya setahun menimba ilmu yang sudah tentunya tidak cukup untuk melengkapkan diri menjadi seorang guru. Ini kerana guru bukan hanya menyampaikan tetapi mendidik. Sesuatu yang tidak dapat lari dari pemikiran kebanyakan orang ialah mereka memilih bidang perguruan sebagai langkah terakhir setelah sukar mencari kerja.Benarkah begitu?
Sebahagiannya mungkin jawapannya ya tetapi pastinya bukan semua. Ramai juga yang melihat bidang perguruan sebagai bidang yang sesuai dengan jiwa dan ini pastinya bagi kebanyakan wanita. Atau inilah bidang yang mereka inginkan sejak dari dulu tetapi tidak dapat ditunaikan kerana tidak memperolehi peluang tersebut pada mulanya. Walau apa pun alasan mereka apabila mereka telah melangkah ke bidang ini, pujian patut diberkan kerana mereka sanggup untuk menggalas tugas yang amat besar amanahnya ini. Langkah mereka di sekolah patut diiring dengan dorongan dan motivasi serta doa semoga mereka berjaya melalui cabaran getir sebagi pendidik.
Kepada bakal pendidik graduan KPLI, tugas guru bukanlah mudah seperti yang disangkakan. Tugas mendidik manusia bukannya mudah ditambah pula dengan bebanan tugas lain yang melata di sekolah. Ia bukanlah sesuatu yang boleh diambil secara lewa.
Buktikan anda adalah insan terpilih untuk melaksanakan tanggungjawab ini. Anda akan berdepan dengan cabaran dunia pendidikan yang memerlukan komitmen dan kemahuan yang tinggi. Syabas dan semoga berjaya!

Tuesday, October 14, 2008
Berziarah di bulan syawal
Assalamualaikum,Dah hampir masuk minggu ketiga bulan syawal.Dari hari kesehari saya nak menulis tapi tak berkesempatan. Mungkin nampak macam alasan tapi itulah hakikatnya.Anak yang kecil mula demam semalam. Tak sampai hati nak tinggal tetapi itulah hakikatnya. Terpaksa juga ditinggalkan memandangkan hari ini giliran untuk bertugas. Terima kasih kepada emak yang sudi menjaga. Jasamu tak terbalas!
Hem..Bagaimana hari raya tahun ini?cuti sekolah agak singkat dan bagi mama-mama tentu agak sibuk selepas balik raya ni..Ada juga yang merancang buat open house.Resepi apa agaknya untuk open house ya..Hemm nanti kita kongsi-kongsikan ya..
Saya memang tak buat open house tapi kawan-kawan always welcome to my house. Tapi dah jadi adat di kota biasanya kita berhubung dahulu untuk kepastian adakah tuan rumah bersedia menerima kunjungan. Ada juga yang berpendapat masyarakat kota dah hilang nilai kemasyarakatan dan lenyap amalan berziarah yang amat dituntut dituntu dalam Islam. mana tidaknya. Tunggu ada jemputan baru datang. Bagi pendapat saya, elok kita bertanya dahulu sebelum berkunjung supaya tidak tidak timbul masalah seperti tuan rumah tiada di rumah atau sebenarnya ada urusan lain yang lebih penting.Zaman dah berubah. Sudah ada kemudahan teknologi perhubungan jadi apa salahnya bertanya iaya tak? Untuk kemaslahatan semua. Lagipun hidup di kota ni masing-masing faham.Cuma kadangkala agak confius jika ada yang memberi alasan eh, jangan datang sekarang rumah tak kemas lagi. Aduh..Kita dah berkobar-kobar nak berziarah dan itu sajalah masanya nak sampai. Bukan nak datang tBagaimana dengan amalan berziarah kita di bulan syawal ni? Kawanengok rumah pun.Tapi iyalah mungkin patut diberitahu awal. Tapi ada juga yang diberitahu awal masih memberi jawapan serupa. Cuma bagi pendapat saya tuan rumah jika tetamu dah nak sampai janganlah dihampakan permintaannya.Tetamu pula biarlah ada adab berziarahnya.Apa pendapat mama-mama semua?
Kawan yang duduk di kuarters dan flat bercerita yang anak-anak jiran datang berziarah seawal waktu tengahari sehingga ada yang melarat ke malam. Ada juga yang selepas penat bermain secara berkumpulan datang terus dari padang permainan ke rumah untuk beraya atau dengan kata lainnya nak mintak duit raya! Bayangkan! Di radio ikim minggu lepas ada diutarakan perihal berziarah ni.Kadangkala ada kes kereta ada, motor ada kasut semua ada tapi bagi salam tak berjawab. Salam pula memang tak boleh lebih tiga kali. Cukup tiga kali kena beredar.Ada juga yang bila bebudak kecil datang ramai-ramai tuan rumah pun tanya "ha..ni nak makan ke nak duit raya?"(soalan yang selalu saya tanya masa melayan bebudak kat rumah opah zaman anak dara dulu. Bukan apa penat nak membasuh pinggan dan cawan!)Rupanya ustaz kata adab berziarah kata-kata yang diucapkan hendaklah baik dan ia bukan pada tetamu sahaja tuan rumah pun sama. Jadi cakap macam tu walaupun kat bebudak tak baik. Mereka masih tetamu.Ha.. Ada pemanggil memberi pendapat yang tetamu kena tahu adap-adap berziarah. Janganla datang masa elok-elok orang baru balik kerja. Anak-anak juga harus di ajar perkara yang sama dan janganlah ditanamkan konsep yang beraya ini semestinya dapat duit raya. Jika menziarahi orang yang nampaknya lebih susah mungkin pemberian tadi boleh disedekahkan kembali kepada anak-anak tuan rumah. Saya kira baik sekali pendapat ni..
Nampaknya masih banyak yang nak dikongsikan lagi tapi perlu berhenti di sini. Ada 'resepi' nak kongsi?

Friday, September 26, 2008
resepi member
Sotong goreng tepung
Bahan-bahan
8 ekor Sotong (squid)-sederhana besar.
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
sebiji bawang putih
sedikit serbuk kari ikan
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung beras
putih telur.
minyak untuk menggoreng
Cara-caranya
1. potong sotong bulat-bulat dan cuci bersih.
2. Gaulkan dengan kunyit,garam dan sebuk kari.
3. Tumbuk bawang putih sehingga halus. Gaulkan dengan sotong.
4. Di dalam bekas lain campurkan tepung jagung dan tepung beras. Tidak perlu dicampur air.
5. Celup sotong di dalm putih telur dan salutkan dengan campuran tepung tadi.
6. Goreng hingga tepung masak kekuningan.
Kerabu mangga
Bahan-bahannya
sebiji mangga besar.
sos ikan.
ikan bilis digoreng.(nak sedap guna ikan bilis halus)
Sebiji bawang besar.
Sedikit garam dan gula.
Bahan-bahan yang ditumbuk:
bawang putih ikut rasa.
kacang tanah goreng(tak nak tumbuk sendiri beli dah siap kat kedai)
sepaket udang kering.(rendam dulu dengan air panas)
Cili api secukup rasa
Cara-caranya
1. Mangga di hiris-hiris.
2.Campurkan mangga dengan bahan-bahan tumbuk kecuali kacang tanah.
3. Gaulkan dengan sedikit sos ikan ikut rasa serta garam dan gula.
4.Gaulkan dengan ikan bilis goreng dan bawang besar yang telah dimayang.
5. Akhir sekali tabur kacang tanah goreng yang telah ditumbuk.

Puasa dulu baru raya.
Sedar tak sedar dah 27 hari umat Islam berpuasa.Bagi mama-mama yang berjaya menyediakan juadah berbuka puasa sepanjang ramadhan ini tahniah diucapkan. Alhamdulillah..dapat juga saya menyediakan juadah berbuka puasa untuk hampir setiap hari di bulan ramadhan ini. Cuma sehari dua tidak sempat maka suami kenalah membeli di bazaar ramadhan. Terima kasih juga pada emak yang sudi datang berbuka di rumah. Jadi bolehlah saya memasak awal sedikit memandangkan emak boleh menjaga si kecil yang sedang lasak tu. Rata-rata kawan-kawan dah ketandusan idea nak memasak juadah(main course)untuk berbuka puasa. Semua resepi yang ada dah dicuba. Mulalah menadah resepi dari kawan-kawan. Terutamanya yang simple dan sedap.Bukannya tak ada buku memasak atau majalah yang berlambak dengan resepi..tapi resepi secara diriect ni menariknya boleh bertanya terus kalau tak faham dan ada petua-petua yang boleh dikongsi.Memang menarik.
Saya memang dari dulu memang excited bila nak raya walaupun sedih nak berpisah dengan ramadhan. Sedih dan terkilan pun ada. Terkilan kerana tidak benar-benar menghidupkan bulan yang terbaik dari seribu bulan ini.Kekadang jelous dengar orang dapat pergi masjid hari-hari. Buat qiamullail malam lagi. bestnye..takpe..buat kat umah.tapi masih tak konsisten.Sampai empat rakaat dah si kecil meragam.berhenti niat sambung tengah malam nanti. lepas sampai ke sahur..hari lain da penat..tidur kejap..tak jadi..atau rehat kejap tengok tv(ni yang paling bahaya dan tak patut sekali..pastu dah cuti panjang..langsai...Tu belum bab baca quran..aduh..tapi ada kawan-kawan yang mengeluh..macam nilah kita isteri ada anak kecil pula tu..suami boleh pegi masjid..penat kerja balik tido..kita kena sambung stand by jaga anak. Kesian kat suami kerja..bagi dia tido puas-puas. Isy alasan ke ni tapi realitinya memang begitu. Penat memang penat. Iyelah kita pun kerja juga. Surirumah pun penat sebab kat rumah memang ada je kerja. Tapi bila pikir-pikir balik kang punah pulak ganjaran pahala jaga anak dan berbakti pada suami.Ha.. siapa suruh tak amik orang gaji.ni satu lagi..ingat amik orang gaji selesai masalah.
Anak-anak kecil lagi. Tak berapa nak faham sangat .Tapi selalu pesan kat anak sedara yang darjah dua tu puasa dulu baru boleh raya. Orang dewasa macammana? Puasa memang dah. Letih, lapar, dahaga. Semangat memang berkobar-kobar. Nak jaga mata, mulut, telinga.Tapi ada je kelompangannya di sana sini. Bila nak pergi shopping suami tegur jangan beriya sangat ..puasanya tak seberapa..marah juga dalam hati..macamlah aku tak puasa.Bila dikoreksi balik disebalik maksud kata-kata tu barulah terasa.Iyalah. macamlah beriya berjuang menjalani ibadah puasa. Tak makan tak minum tu biasalah...memang lepas..Adus..Hari raya adalah hari kemenangan untuk orang-orang yang berjaya berjuang menjalani ibdah puasa dengan penuh penghayatan. Keluar macam bayi baru lahir. Bersih. mana-mana yang tak elok tu hilang dah.
ustaz bagi resepi nak buat ibadah ni bilah dah ada niat tu kena doa.Contohnya nak buat qiamullail tu kena solat hajat lagi mohon Allah permudahkan. Semangat memang kena kuatlah mama.Rasanya itulah antara main ingredientnya.hem..tiga hari lagi nak habis ramadhan ni.Apa resepi hari ni?

Subscribe to:
Posts (Atom)