Assalamualaikum,Dah hampir masuk minggu ketiga bulan syawal.Dari hari kesehari saya nak menulis tapi tak berkesempatan. Mungkin nampak macam alasan tapi itulah hakikatnya.Anak yang kecil mula demam semalam. Tak sampai hati nak tinggal tetapi itulah hakikatnya. Terpaksa juga ditinggalkan memandangkan hari ini giliran untuk bertugas. Terima kasih kepada emak yang sudi menjaga. Jasamu tak terbalas!
Hem..Bagaimana hari raya tahun ini?cuti sekolah agak singkat dan bagi mama-mama tentu agak sibuk selepas balik raya ni..Ada juga yang merancang buat open house.Resepi apa agaknya untuk open house ya..Hemm nanti kita kongsi-kongsikan ya..
Saya memang tak buat open house tapi kawan-kawan always welcome to my house. Tapi dah jadi adat di kota biasanya kita berhubung dahulu untuk kepastian adakah tuan rumah bersedia menerima kunjungan. Ada juga yang berpendapat masyarakat kota dah hilang nilai kemasyarakatan dan lenyap amalan berziarah yang amat dituntut dituntu dalam Islam. mana tidaknya. Tunggu ada jemputan baru datang. Bagi pendapat saya, elok kita bertanya dahulu sebelum berkunjung supaya tidak tidak timbul masalah seperti tuan rumah tiada di rumah atau sebenarnya ada urusan lain yang lebih penting.Zaman dah berubah. Sudah ada kemudahan teknologi perhubungan jadi apa salahnya bertanya iaya tak? Untuk kemaslahatan semua. Lagipun hidup di kota ni masing-masing faham.Cuma kadangkala agak confius jika ada yang memberi alasan eh, jangan datang sekarang rumah tak kemas lagi. Aduh..Kita dah berkobar-kobar nak berziarah dan itu sajalah masanya nak sampai. Bukan nak datang tBagaimana dengan amalan berziarah kita di bulan syawal ni? Kawanengok rumah pun.Tapi iyalah mungkin patut diberitahu awal. Tapi ada juga yang diberitahu awal masih memberi jawapan serupa. Cuma bagi pendapat saya tuan rumah jika tetamu dah nak sampai janganlah dihampakan permintaannya.Tetamu pula biarlah ada adab berziarahnya.Apa pendapat mama-mama semua?
Kawan yang duduk di kuarters dan flat bercerita yang anak-anak jiran datang berziarah seawal waktu tengahari sehingga ada yang melarat ke malam. Ada juga yang selepas penat bermain secara berkumpulan datang terus dari padang permainan ke rumah untuk beraya atau dengan kata lainnya nak mintak duit raya! Bayangkan! Di radio ikim minggu lepas ada diutarakan perihal berziarah ni.Kadangkala ada kes kereta ada, motor ada kasut semua ada tapi bagi salam tak berjawab. Salam pula memang tak boleh lebih tiga kali. Cukup tiga kali kena beredar.Ada juga yang bila bebudak kecil datang ramai-ramai tuan rumah pun tanya "ha..ni nak makan ke nak duit raya?"(soalan yang selalu saya tanya masa melayan bebudak kat rumah opah zaman anak dara dulu. Bukan apa penat nak membasuh pinggan dan cawan!)Rupanya ustaz kata adab berziarah kata-kata yang diucapkan hendaklah baik dan ia bukan pada tetamu sahaja tuan rumah pun sama. Jadi cakap macam tu walaupun kat bebudak tak baik. Mereka masih tetamu.Ha.. Ada pemanggil memberi pendapat yang tetamu kena tahu adap-adap berziarah. Janganla datang masa elok-elok orang baru balik kerja. Anak-anak juga harus di ajar perkara yang sama dan janganlah ditanamkan konsep yang beraya ini semestinya dapat duit raya. Jika menziarahi orang yang nampaknya lebih susah mungkin pemberian tadi boleh disedekahkan kembali kepada anak-anak tuan rumah. Saya kira baik sekali pendapat ni..
Nampaknya masih banyak yang nak dikongsikan lagi tapi perlu berhenti di sini. Ada 'resepi' nak kongsi?
1 comment:
saya bersetuju tentang berziarah.kita memang patut menggalakkan budaya berziarah seperti dianjurkan dalam islam.cuma dengan menghubungi tuan rumah tidaklah kelam kabut tuan rumah.kadang2 as a working mama with small children keadaan rumah unexpected.so takdela kita malu dan berasa selesa menerima tetamu dan orang yang bertandang pun rasa selesa.
Post a Comment