Friday, September 26, 2008

Puasa dulu baru raya.

Sedar tak sedar dah 27 hari umat Islam berpuasa.Bagi mama-mama yang berjaya menyediakan juadah berbuka puasa sepanjang ramadhan ini tahniah diucapkan. Alhamdulillah..dapat juga saya menyediakan juadah berbuka puasa untuk hampir setiap hari di bulan ramadhan ini. Cuma sehari dua tidak sempat maka suami kenalah membeli di bazaar ramadhan. Terima kasih juga pada emak yang sudi datang berbuka di rumah. Jadi bolehlah saya memasak awal sedikit memandangkan emak boleh menjaga si kecil yang sedang lasak tu. Rata-rata kawan-kawan dah ketandusan idea nak memasak juadah(main course)untuk berbuka puasa. Semua resepi yang ada dah dicuba. Mulalah menadah resepi dari kawan-kawan. Terutamanya yang simple dan sedap.Bukannya tak ada buku memasak atau majalah yang berlambak dengan resepi..tapi resepi secara diriect ni menariknya boleh bertanya terus kalau tak faham dan ada petua-petua yang boleh dikongsi.Memang menarik.

Saya memang dari dulu memang excited bila nak raya walaupun sedih nak berpisah dengan ramadhan. Sedih dan terkilan pun ada. Terkilan kerana tidak benar-benar menghidupkan bulan yang terbaik dari seribu bulan ini.Kekadang jelous dengar orang dapat pergi masjid hari-hari. Buat qiamullail malam lagi. bestnye..takpe..buat kat umah.tapi masih tak konsisten.Sampai empat rakaat dah si kecil meragam.berhenti niat sambung tengah malam nanti. lepas sampai ke sahur..hari lain da penat..tidur kejap..tak jadi..atau rehat kejap tengok tv(ni yang paling bahaya dan tak patut sekali..pastu dah cuti panjang..langsai...Tu belum bab baca quran..aduh..tapi ada kawan-kawan yang mengeluh..macam nilah kita isteri ada anak kecil pula tu..suami boleh pegi masjid..penat kerja balik tido..kita kena sambung stand by jaga anak. Kesian kat suami kerja..bagi dia tido puas-puas. Isy alasan ke ni tapi realitinya memang begitu. Penat memang penat. Iyelah kita pun kerja juga. Surirumah pun penat sebab kat rumah memang ada je kerja. Tapi bila pikir-pikir balik kang punah pulak ganjaran pahala jaga anak dan berbakti pada suami.Ha.. siapa suruh tak amik orang gaji.ni satu lagi..ingat amik orang gaji selesai masalah.

Anak-anak kecil lagi. Tak berapa nak faham sangat .Tapi selalu pesan kat anak sedara yang darjah dua tu puasa dulu baru boleh raya. Orang dewasa macammana? Puasa memang dah. Letih, lapar, dahaga. Semangat memang berkobar-kobar. Nak jaga mata, mulut, telinga.Tapi ada je kelompangannya di sana sini. Bila nak pergi shopping suami tegur jangan beriya sangat ..puasanya tak seberapa..marah juga dalam hati..macamlah aku tak puasa.Bila dikoreksi balik disebalik maksud kata-kata tu barulah terasa.Iyalah. macamlah beriya berjuang menjalani ibadah puasa. Tak makan tak minum tu biasalah...memang lepas..Adus..Hari raya adalah hari kemenangan untuk orang-orang yang berjaya berjuang menjalani ibdah puasa dengan penuh penghayatan. Keluar macam bayi baru lahir. Bersih. mana-mana yang tak elok tu hilang dah.
ustaz bagi resepi nak buat ibadah ni bilah dah ada niat tu kena doa.Contohnya nak buat qiamullail tu kena solat hajat lagi mohon Allah permudahkan. Semangat memang kena kuatlah mama.Rasanya itulah antara main ingredientnya.hem..tiga hari lagi nak habis ramadhan ni.Apa resepi hari ni?

3 comments:

Mahathir IKIMfm said...

Salam,
Alhamdulullah satu perkonsian yang baik...

Mahathir IKIMfm said...

malam yang 28 ramadan ni surau dah semakin lengang.Mungkin ramai yang balik kampung menyambut Aidilfitri atau ramai yang ke shoping kompleks membeli belah...

Mahathir IKIMfm said...

blog tak up date.buka asyik resepi same jee...dah naik kembang tekakkk...